Friday, February 26, 2010

Panggilan di tengah malam

aku lum tdo lg...nape tah mlm ni mata ni tak ngantuk plak... so layan tenet la...tgh2 layan...nampak HP berkelip2... tgk2 rupanya abg call. nape? da dekat kul 3am...tak tdo lg ke abg :-? dia da la tak sehat...nape berjg lagi waktu2 mcm ni... ada sumtin hepen ke :-s...

aku terus jawab call tu... rupanya abg baru terjaga...td dia da tdo...tp dia mimpikan arwah umie dia... skrg terus tak leh tdo... sbb dia rasa sedih sgt2... ya Allah...aku da tak taw macam mana nak pujuk abg lg... bg semangat kat dia... suruh dia baca al-Fatihah banyak2...then tawakkal... esok pagi2 ajak abg joe pi hospital....temankan makngah kat icu...bacakan yasin...doa la supaya tak ada apa2 yg buruk berlaku... pastu dia ok sket walaupun masih nangis... sayu hati aku dgr sore dia... siannya dia sorg2 nak hadapi semua ni... mujur aku slalu pesan kalau dia tak boleh tdo...tak kira la jam berapa...call je aku... aku tak mo dia rasa dia sorg2 hadapi segala dugaan ni...

baru ptg td kami hepi2 berckp dlm tepon... abg kata nak balik sini kejap... mungkin sabtu ni dia balik dgn abg joe... tp kalau da mcm ni...nampaknya kena pospon la...tgu semuanya stabil baru abg leh balik sini... risau aku skrg ni... harap2 dia dpt tdo semula... dan harap2 tak ada apa yg berlaku pada makngah...

Ya Allah...tenangkan hati nya...tabah kan dia dlm menghadapi dugaan Mu... berikan dia segala kekuatan wahai Tuhan yg Maha Pengasih dr sekalian yg berkasih syg... aminnnnn

Dinner @ Memori Corner

Balik dari jmpa akk tadi aku dgn intan terus pi makan kat Memori Corner kat area2 rumah kami tu... Kedai makan ni concept dia mcm kopitiam tu la...supe mcm old town white coffee tu... tp ni aku rasa Melayu punya sbb tuan kedai tu nama Sudin hehehe... so aku prefer ke sini la lg pun tak ramai org sgt as compared to old town tu... kejap je order kami da sampai hehe... makanan pon not bad...harga pun lebih kurang sama je...


Tadi aku order 3 layer tea sama air suam... intan plak order green dragon with ice cream :)). tah apa benda tah :)) siap ada dragon plak tu :)). Makan plak aku order hot plate mee, intan plak order mee curry... dia sbnrnya nak order dry curry mee tp salah order :)) naseb baik la mee kari tu sedap.

Ni hot plate mee aku...ada ayam berketui2...sawi celur...telur mata dan bihun...aku saje pilih bihun sbb kurang muak bila makan... mee kuning tu kadang ada rasa kapur tak best hehe... Mee kari intan aku tak sempat nak snap pic :)) dia da makan dgn penuh selera :)). Kelaparan gila kata dia :)). Pic ni pun blur2 je sbb aku pun tgh kelaparan time ni :))


haa ni la minuman kami... air suam takde la aku amik pic...supe je dgn air suam yg lain :)) Yang belah kiri tu 3 layer tea... lapis bawah skali gula melaka...tgh tu susu and atas tu teh... Yang kiri tu la green dragon with ice cream :)). lapis bawah kaler ijau tu jelly... air ni mcm rasa masam2 sket... ada hirisan limau lam air ni...aku rasa sket je...not bad la...tp combinasi sama ice cream tu mcm tak kena je :))... Next time kami nak try yg lain plak :))

Thursday, February 25, 2010

CFS PJ dlm kenangan :))



Lepas maghrib td aku pi PJ jap... da janji sama si akk tu nak amik barang dia hari ni. Ingat td nak pegi lepas keje...tp bila pikir balik mesti time tu jem gilak sbb org balik keje n berebut2 nak balik kg... maklum la esok kan cuti huhu. Lg pun ptg td badan aku rasa lemah sgt...tak taw la nape...sampai student pun tegur "u look very tired...are u ok miss" huhu terharu aku dak ni perihatin kat aku... betul la org kata mat black ni mmg soft spoken... so far aku tgk student2 african mmg kebanyakkan nya begitu... pandai amik ati org :)) :)). Tp tu la...sbb da slalu sgt berurusan sama diorg ni... aku da jd malas nak layan sgt da :)). sama je tektik :)). Jdnya lepas keje aku terus balik umah...call akk gtau kakngah dtg lepas maghrib la kak...ko siap2 je la mana patut.

Kul 8.45pm aku sampai ZC, akk baru abes solat jemaah. Imam belom kuar dia da cabut dlu :)). Terus punggah barang dlm kete aku... borak2 sama akk kejap... pastu sempat la kami posing2 dlu :)). Campus tu da takde org da :)) sbb student sume da balik cuti... diorg yg tgl ni sbb ada program baktisiswa kat Terengganu... tu yg duk pi induksi la hape la skrg ni... elok gak ko join kak...dpt pengalaman tmpt org ;)). Sempat la kami snap 3-4 pic utk kenangan sbb lepas ni si akk ni da nak pindah ke Kuantan plak...tah bila la nak amik pic lg kat ZC tu... turun temurun la ZC tu dlm kuarga aku ni :)) Dulu aku duk situ...skrg ni akk plak... tgk la sethn dua lagi kut ada lg yg nak turut jejak langkah aku n akk...ada la yg masuk sini lg :)).

ok la takmo menceceh pepanjang...sila la cuci2 mata ye ;))


Ni style nyanyi lagu Negaraku :)). apa kena tah time ni leh posing supe ini :)):))


yg ni plak style sopan2 di mlm hari :)) Serupa tak kami :))


Ni aku sama Mak Akk ni :)) tah mende nak panggil ko ni kak :)) mak uda ke mak akak ni :))


Testing...testing :)). kalau korg tere yg berhabuk2 depan kami tu apa :)):)) teka la :))


Akak dgn intan...bangunan belakang tu la ZC...kete tu...kete aku la ;))


Ni pic di balik pokok :)) gelap sket pic ni sbb kai flash...

Itu saje utk tontonan umum ye :)). owh before i end my posting today.... suka la aku nak ucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul buat semua umat Islam... mari la kita bnykkan selawat kepada Baginda s.a.w

Kemalasan Melanda :))

Sbnrnya aku tgh di landa sindrom kemalasan huhu. Skrg ni mood tgh nak update blog je... bukan update apa sgt pon tp saje taep2 :)). Esok cuti :> mo balik kg la hehe... ptg ni pi PJ jap amik barang2 si akk tu.. nak tumpang balik sbb pasni dia da kena pindah kampus... duk lam utan la ko kak pasni :)). tp tak pe jgn risau nnt sesekali kakngah dtg le jengah ko time2 ada meeting kat sana nnt :)).

aku saje je ni...mo upload lg pic anak dara ku ini... lam Geni atuk oteh dia duk komen "kesian budak tu sorg2 takde adik" :)) bagus la takde adik atukkkk leh manja lebih2 :)). ni makngah tolong adik jawab ya :)) Pic aku nak upload ni lama dah...thn lepas rasanya ni...time adik pi Taman Buaya dgn atuk andak sekeluarga, and ramai la pakcik makcik sepupu adik yg lain.


Ni muka budak da kesejukan :)) tp masih ada ati mo men air lg tu :)) bolat pipi dia time ni 8-> chumelnyaaaaa...


Pic bersama Ibu dan maklong...adik beli bola lagi ke ni :-? bape bnyk bola suda ada nih :-w


Bersama paklong...halus je adik :))


again bersama ibu dan maklong...sejak gi TBM ni asal nampak benda mainan ni kat mana2 je mula la dia tunjuk2 huhu... nnt de rezeki makngah belikan satu yg kecik tu eh dik :> letak kat umah maklong la leh adik main2 situ nnt taw...


Ni plak pic adik sama paklong and paksu shazani hehe... paksu tu pon da mcm nak menggigil je :)) dah2 la tu pi naik kalau sejok :))



Lepas mandi manda kat TBM, diorg gi jenjalan kat Bandar Hilir plak... ni pic adik kat Menara Taming Sari Melaka...


This two pics aku tak taw pic bila :)) tp cute sgt :))

enjoy the photos kawan2 :)):))

ZAKAT ~ RUKUN ISLAM KETIGA

Posting kali ni...aku nak up sket tentang zakat. Sebenar2 nya smlm aku baru je selesai interview student. Sessi tu berjln selama 2 hari, Selasa dan Rabu. Based on my observation kebanyakkan dari kita ni...terlupa tentang asas2 kita sebagai seorg muslim. Bila kami soal...tentang RUKUN ISLAM, masih ramai lg yg tergagap2 utk menjawab... macam mana kita nak claim diri kita muslim kalau asas utk menjadi seorg muslim pun kita sering lupa... so posting kali ni aku nak cerita sket tentang Rukun Islam secara amnya dan tentang ZAKAT secara khususnya...

Rukun Islam ada 5 perkara... Tanamkan dlm hati...bahawa kita sbgi muslim kena tahu, yakin dan beramal dgn kelima2 rukun ni...

Yang Pertama : MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH

Yang Kedua : SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM

Yang Ketiga : MENGELUARKAN ZAKAT

Yang Keempat : BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Yang Kelima : MENUNAIKAN HAJI DI MEKAH BG YG BERKEMAMPUAN

Seperti yg aku mention sblm ni...aku mo mengkhususkan posting kali ni tentang rukun Islam yg ketiga iaitu ZAKAT.

Pengertian ZAKAT
(sumber http://zakat.al-islam.com/def/default.asp?l=mal&filename=def/desc/item1/item1/desc1)

Pengertian zakat dari sudut bahasa ialah:
Keberkatan, kesucian, perkembangan dan kebaikan. Sebab dinamakan zakat ialah kerana ia dapat mengembangkan harta yang telah dikeluarkan zakatnya dan menjauhkannya dari segala kerosakan sebagaimana Ibnu Taimiah berkata: Diri dan harta orang yang mengeluarkan zakat menjadi suci dan bersih serta hartanya berkembang secara maknawi.

Pengertian zakat dari sudut syarak ialah:‏
Sebahagian harta tertentu yang telah diwajibkan oleh Allah s.w.t untuk diberikan kepada orang-orang yang berhak menerimanya sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam al-Quran atau ia juga boleh diertikan dengan kadar tertentu dari harta tertentu yang diberikan kepada golongan tertentu dan lafaz zakat juga digunakan terhadap bahagian tertentu yang dikeluarkan dari harta orang yang wajib mengeluarkan zakat.

Zakat yg terkumpul wajib diagih2kan kepada 8 golongan yg di panggil asnaf. Dalam al-Quran Allah s.w.t telah berfirman dlm surah at-Taubah ayat 60 yg bermaksud :
"sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk org2 fakir, org2 miskin, pengurus2 zakat, para muallaf yg dibujuk hatinya, utk (memerdekakan)budak, org2 yg berhutang utk jalan Allah dan org2 yg sedang dlm perjalanan sebagai suatu ketetapan yg diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lg Maha Bijaksana". (Al-Quran dan Terjemahnya, ms.288)

Berdasarkan ayat tersebut, asnaf2 yg layak mendapat zakat adalah spt berikut:
  1. Fakir
  2. Miskin
  3. Pengurus Zakat (Amil)
  4. Muallaf
  5. Hamba yg ingin memerdekakan dirinya
  6. Orang2 yg berhutang utk keperluan agama
  7. Fisabilillah yakni utk keperluan keagamaan dan kepentingan umat Islam seperti membangunkan institusi2 pendidikan, hospital dan lain2
  8. Ibn Sabil iaitu org yg sedang dlm perjalanan yg bukan ma'siat, yg keputusan bekalan dan memerlukan pertolongan
Selain dari 8 golongan ini...mereka tidak layak utk mendapat bantuan zakat malahan mereka pula digalakkan utk mengeluarkan zakat. Hikmah di turunkan perintah berzakat ini adalah sebagai tanda kasih syg sesama manusia. Dengan zakat si kaya dan si miskin akan saling bantu membantu dan meningkatkan lagi kasih sayang sesama saudara seIslam. Kadar yg telah di tetapkan utk pengeluaran zakat ialah 2.5% dr nilai harta/kekayaan yg dimiliki oleh seseorg individu apabila telah cukup syaratnya.

Sebenarnya bnyk lg info yg mendalam tentang zakat ni... tp utk posting kali ni...aku bg basic je la dlu eh :D. kalau korg nak yg lebih detail leh refer kepada website lembaga zakat negeri masing2... bg aku...web yg aku slalu jengah ialah web Lembaga Zakat Selangor...kat sini mmg bnyk sekali info2 berguna tentang zakat utk panduan kita sbgi muslim :D.














BEBAS KAN DIRI DARIPADA TEKANAN

Hari ni aku nak share beberapa kaedah yang boleh mengurangkan atau mengatasi tekanan dalam menghadapi dugaan hidup. Kaedah2 ni aku dpt dr sisipan Mega, Utusan Malaysia page 8, oleh Zuhayati Yazid :D. So kat bawah ni la antara kaedah2 yg dinyatakan dlm paper tu...aturannya aku da tukar2 sket...tp isi nya masih sama :D

Pertama : ALLAH
Ikutilah segala perintah dan suruhan Allah serta tinggalkan perkara yg dilarang. Hayatilah suruhan Allah nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat. Dekatkan diri terhadap-Nya.

Kedua : SENYUM
Kebanyakkan kita bila berhadapan dengan masalah pasti akan bermasam muka. Paling tak pun kita akan mengeluhu atau mengomel sendirian. Apa kata bila kita hadapi tekanan seperti ini kita senyum dahulu. Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda. Cubalah, pasti merasai kelainan.

Ketiga : BERSENDIRIAN
Ada sesetengah org suka bersendirian, memencil diri utk mencari ketenangan seketika. Renungkan kembali apa yang berlaku dan ambil iktibar dari sudut yg positif setiap perkara yg terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yg lebih baik.

Keempat : BERTENANG
Janganlah serabutkan lagi keadaan yg sedia ada. Tarik nafas dlm2 dan hembuskan secara perlahan2. Cuba elakkan diri drp membuat sebarang keputusan dlm keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata. Bukan itu sahaja malahan jika tiada perincian yg dibuat dlm keputusan tersebut takut sebarang kemudaratan akan berlaku nnt.
Berbuat baiklah pada insan.Cuba kurangkan perbuatan dari menyakiti hati org disekeliling. Jadilah insan yg berhati luhur dan pemaaf. Bunyi mmg senang tp bila kita hendak melakukannya mungkin agak sukar. Tapi itulah yg harus anda lakukan. Hanya dgn cara inilah pasti hati kita akan berlapang dada, tekanan yg di hadapi juga akan berkurang.

Kelima : PELUK SESUATU
Anda pasti akan lebih tenang dan damai di dalam hati jika dapat memeluk makhluk lain. Maksud di sini jika anda mempunyai teman baik perempuan sama perempuan, anda peluklah dia, dgn cara ini ia dapat meredakan sedikit tekanan atau kemarahan anda.

Keenam : LAVENDER
Bagi yg suka pada aroma terapi, minyak pati lavender amat sesuai sekali utk meredakan tahap tekanan anda. Ini kerana minyak lavender dikenali sbgi herba penenanga yg boleh mengurangkan tekanan.

Ketujuh : KASIH SAYANG
Terapi yg mudah kita dapat melalui kawan2, anak2, atau pasangan (yg berkahwin),anak saudara dan ibu bapa. Kasih syg drp mereka adalah sumber kekuatan anda dan sebenarnya anda tidak berseorangan di dunia ini.

Kelapan : CERIA
Janganlah bebankan fikiran dgn semua perkara yg ada di sekeliling anda, setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. Kita hidup di dunia ini hanya utk sementara jadi, nikmatilah hari ini dgn seadanya.

Tuesday, February 23, 2010

Salam Takziah

Kawan2... dukacita aku nak maklumkan... pakngah abg da meninggal smlm jam 2pg...dan selamat dikebumikan pada jam 10pg tadi... aku dpt berita ni da lewat... da kul 1tgh hari baru aku taw... itu pun sbb aku rest jap td...

i've been so busy today... interview student yg mcm2 perangai... mmg takde kesempatan mo cet or YM2 siang td... bila waktu lunch tu...aku masuk bilik, tgk2 ada offline msg dr abg joe... dia just taip2 nama aku...bila aku balas baru dia gtau ada bad news... pasal pakngah abg meninggal... bertambah risau aku ttg abg... dia da la tgh demam...tk makan apa2 2-3 hari ni... badan dia bukan kuat sgt pun... abg joe kata...masa nak masukkan mayat dlm lahad...abg pengsan... siannya abg :( bertimpa2 masalah dia...

utk pengetahuan... pakngah abg sblm ni sihat... makngah yg sakit masuk icu sbb ada pendarahan dlm otak dia...kesan jatuh masa raya thn lepas... mula2 elok je pakngah yg tgu makngah kat icu... suddenly dia collapse and terus tak sedar diri... masuk icu...elok sket...dpt keluar wad biasa... skali hari ni dpt berita dia meninggal dlu... itu la kawan2... ajal maut jodoh rezeki ni bukan kerja kita.... hakikatnya kita tgk org lain yg menderita sakit...tp org lain pula yg meninggal dunia... perancangan Allah tiada sapa yg taw... kita sebagai makhluk yg lemah...yg sentiasa berharap pada Ihsan dr yg Maha Kuasa kena la terima dgn redha segala ketentuan DIA...

Al Fatihah utk arwah pakngah abg....semoga dia di tempatkan dikalangan org2 yg beriman... aminnnnn

Monday, February 22, 2010

Menu ku yg caca marba


haha ni pic tah bila tah...2 minggu lepas kut time aku balik kg... mak beli petola...suh masak air dgn suun...so ni la hasil nya ;)) haa utk yg baru 1st time mo masak suun tu...sblm masak...rendam dlu ye...kasi lembut dlu huhu...itu cara aku aa... sbb suun da lembut...maka masukkan dia bila sayur petola tu da masak...kacau2 kejap terus tutup api dapo ye... jgn lama2 nnt lunyai :)). owh ye... masa nak bersihkan petola tu...buang kulit2 keras dia ye... dan jgn sesekali korek dlm petola ni :((. ini PETOLA bukan PERIA :)). nape aku taep cenggini :)) ada la peristiwa nya :)).


Ini pula adalah ikan terubuk bakar ala aku :)). aku wat testing je ni... mak suh bakar bodo je :)) tp aku saje mo ubah2 selera ;)). ikan tu da bersihkan belah belakang... pastu lumuq dgn sambal... sambal mmg aku wat lebih sbb separuh guna utk lumuq kat ikan separuh lg utk gaul sama sayo2. pas lumuq ikan tu...terus je la bakar selama 20-30minit... sambel tgu ikan masak...leh la gaulkan sambal sama sayo2 yg da di bersihkan... masa ni aku letak kacang panjang carrot tomato cili ijau sama sawi kut :)) tak ingat dah :)). jgn lupa letak bawang kuning tu...penyedap rasa hehe... bila ikan masak...kuarkan la dr oven pastu simbah je sayo2 tu atas ikan hehe... tu sbb korg nampak sayo je lam pic tu kan :)) sbb ikan da kena timbus :)). owh sambal tu aku wat cam biasa...cili kering, bawang putih bawang merah dan gula melaka sket... blend sume pastu tumis :D. simple je hehe


Ni plak menu aku masa pi JJ. 2 minggu lepas gak ni rasanya. Buntu nak makan apa...last2 beli sushi sama eskerim ni je hehe... da lama tak mam sushi... ni share dgn intan la berdua hehe... eskerim tu plak baru je abes pas maghrib td hehe. eskerim tiramisu yg lazat =p~



Lastlyyyyyy ni pic terbaru makngah dan nuha mucuk2 hehe... dak ni baru pas bergomol2 atas katil nenek...rambut serabut2 ni :)). sebok nak ngikut makngah nak balik KL huihui... last2 ayah bawak nek moto...suka la dia :)).

Happy reading korg :))

Malam2 yg sepi

:)) tajuk je gempak...aku saje wat tajuk tu sbb jiwa tgh tak bape nak kaco tak bape nak tenang :)). Betul gak kalau org kata usia mematang kan kita...sbb aku rasa hari demi hari...aku jd lebih tenang menghadapi cabaran2 nih... tak aku nafikan slalu gak jiwa ku berkocak hebat tp...alhamdulillah... masih boleh di atasi seada nya hehe... jd nya mlm ni...aku nak wat2 hepi walau pon sbnrnya aku takde la hepi sgt pon :))

mcm2 kan cabaran... berbeza2 mengikut situasi dan keadaan...berbeza2 jugak mengikut umur dan kedudukan... aku tak kata org lain... aku ckp ni based on my own experienced. dlu time kecik2...lain cabarannya... aku akui aku mmg nakal... rasanya dlm adik badik aku...aku la paling teruk :)). itu cabaran aku dlu2 :)) camne nak buat nakal :)). masuk skola menengah lain plak cabaran... nak dpt the best utk masa depan... haaa tgk...waktu tu da pikir masa depan dah :)). ada gak cabaran rasa nak berchenta...tp sbb aku ni tak santek maka takde la aku berchenta :)). skola menengah aku masih nakal :)) dan bertambah malas :)). sian kawan baik aku dpt kawan macam aku nih :)). sampai cikgu zarina nasihat dia jgn ikut perangai aku ni...aku ni pemalas :))=)). well cikgu study smart is better than study hard :)). haha aku tak amik ati pon cikgu tu nak kata gitu... sbb aku mmg malas :)). but thanks God otak aku ni tak la bengap sgt :)). agaknya kalau aku rajin sket dlu... musti dpt extra excellent gak nye :)). dlm kelas aku tak bagos pon... time form 5 kami duk ikut group... group lemah duk baris depan :)) group hebat2 duk baris belakang... korg musti leh agak kan aku duk group mana :))=)). aku duk group lemah la weh :)) no 3 corot =)). org yg suka wat bising lam kelas aku la :)) suka kacau org study pon aku :)). ramai kawan2 tak suka aku dlu :)) aku taw...tp aku wat2 tak taw je :)). malas mo pikir sume tu :)).

KP duk 1st class group :)) aku PKP duk group no 3 tercorot :)). naseb ah :)). Tp aku tak la teruk sgt sbnrnya :)). bila result kuar... aku excellent gak :)). tu sume rezeki dr Allah... berkat doa mak ayah aku...berkat usaha cikgu2 aku... kalau nak ikut aku...rasanya tak dpt la keputusan elok2 nih :)). masuk Univ lain plak cabarannya...haa masa ni baru muncul kawan2 skola aku wat confession :)). diorg dlu pernah tak suka aku =)). aku tak kisah la korg weh :)) aku tak amik ati pon. korg tak suka aku ke suke ke...tak effect idop aku pon... aku pon tak berkawan sgt :D tu sbb aku tak terasa apa2 effect kut :)). kat U pon aku still tak ramai kawan...sbb aku bukan jenis berkawan :)). ramai je schoolmates aku satu U sama aku...tp aku lebih ske sorg2 :D in fact course yg aku amik pon...aku sorg2 je :)) takde kawan2 sesekolah pon :D. and that course bukan la course pilihan ramai :)) batch aku cuma ada 11 org je :)) ke 13 org ...aku tak ingat dah :)). sket kan hehe...tp seronok sbb lecturers sume rapat dgn kami ;)) sampai la ni prof aku kenal aku lagi...huhu kalau dtg opis musti cari aku huhu... malu i :)).

skrg ni bila da abes study...da keje...lain plak cabaran dan dugaannya... tekanan makin bertambah... skrg ni segalanya terletak atas diri sndri... apa pon pilihan yg kt buat... kt mesti sedia nak hadapi semua akibat nya... detik ni...sorg demi sorg kawan2 da menemui kejayaan... kejayaan bukan sekadar material...tp juga emosi... yg da kawen2 pon ramai... yg da bernak pinak pon ramai...tu pon dugaan gak utk aku tu :)). buat masa ni jodoh aku lom sampai lg... aku taw mak aku risau...ayah berlebih2 lg... bukan aku sengaja... tp masanya belum tiba... aku cuma mengharap pengertian semua org...

alhamdulillah aku membesar...dan di didik dlm agama... itu nikmat Tuhan yg tak ternilai aku rasakan... da kerana itu juga lah... aku boleh menerima dugaan ini semua... bila terkeliru...aku cpt dpt jalan keluar...bila sendu bila rindu aku taw aku tak sorg2... aku ada Allah yg menyayangi aku...yg amat2 memahami aku makhlukNya yg hina... apa pon cara or ketika or keadaannya aku berdoa...mengadu masalah dan segala hal ttg diri ini... aku taw DIA amat mendengar...dan amat mengerti keadaan aku... bila aku lemah... aku ingat kembali bahawasanya DIA tidak akan menguji apa yg aku tak mampu... maka aku kuat semula...

kawan2 nampak mudah kan...mmg mudah sbnrnya jika kita taw kedudukan kita di dunia ni... aku bukan baik sgt... masih manusia biasa... masih kerap melakukan kezaliman pada diri sndri... masih slalu melakukan dosa2... masih juga aku lalai mengingati DIA... tp bukankah berpesan2 kepada kebaikan itu ada lah perkara mulia... so hari ni... aku peringat diri aku...dan aku juga berharap...aku dpt memberi sedikit input utk korg juga... :)

aku sebenarnya nak paste gambar...tp da wat ayat sentimentol2 ni...tk sesuai plak nak paste pic2 tu :)). aku paste kat posting lain la... korg layan je dlu apa yg aku taep mlm ni... yg elok2 tu amik la wat panduan... yg buruk2 tu jgn skali2 korg ikut... jdkan sempadan eh...janji taw :D

aku yg pelupa

hehe aku baru lepas YM sama kazen aku nih...nak numpang balik KL ahad nnt. aku ok je...kete aku tu harap je beso tp slalu aku sorg je naek huhu... ada kawan ni ok gak sket hehe.

eh apa da merepek :)). aku nak cite sal spek sbnrnya :)). aku ni slalu cuai or pelupa sal spek aku... kadang tu aku men letak je rata2 :)) pastu menggelabah cari tak jmpa ;)). tmpt yg slalu aku sepahkan spek ni atas katil... sama kat meja opis aku :)).

kalau atas katil ni kadang2 tu bole sampai kebawah2 bantal spek tu duduk :)). mujur la tak patah or pecah :)). aku tak ske sgt kai spek ni...tp sbb mata ni rabun terpaksa la kai spek. Mmg duk umah aku kureng kai spek... cuma pi jenjalan or drive tu mmg wajib ah...nak masak ke...kena la pakai...kang meraba2 plak aku :)).

kat opis plak...spek aku slalu missing atas meja :)). da la meja aku tu serabut bangat...kadang tu tertimbus bawah file :)) kadang bawah form student :)). dan satu lg aku slalu sgt terlupa kai spek bila nak kuar opis :)). slalu nak gi cafe or gi washroom... jln wat2 macho padahal aku bukan nampak sgt pon :)) kabur2 :)) tp sbb tmpt tu da terpeta lam minda aku...takde la aku meraba2 sgt :)) cuma kalau gi cafe tu kena la aku dekat2 dgn lauk2 yg nak di piliih :)). de skali hari tu...nak balik dah...siap aku lock pintu sume...kat tangga...baru terperasan tak kai spek :)) da la tu...spek tu plak ada lam bilik aku :)) hampeh :)). seb bek lom jauh lg...kalau da sampai ke kete...malas nya mo patah balekkkkkkk :((:((. jauh tu CAC ke opis aku :((.

ramai gak suh aku kai contact lens tp aku seram huhu... aku rasa mata aku sepet sgt... mesti lens tu tak muat nak masuk mata aku X_X . tu sbb aku ngeri nak kai contact lens :-s. pastu nak jg dia lg...payah le...aku ni jenis tak ske benda2 leceh ni :)). elok la aku kai spek saje huhu...

Wednesday, February 17, 2010

Hidup aku?

Salam semua :D.
da berhari2 rasanya aku tak bercerita di sini... hari ni ptg ni... aku kembali menaip... aku masih kat opis ni... tp da takde mood mo wat keje... sat lg la aku sambung semula.

hari ni aku nak cite sal kehidupan... dlm kehidupan ni... selalunya kita seronok utk merancang... segala nya indah dlm perancangan kita... semuanya sempurna dlm impian kita... tp selalunya juga apa yg kt rancang kan itu...tidak seperti yg kt harapkan... tidak seindah dan sesempurna impian kita. dan akhirnya kt kecewa...kerana ketika membuat perancangan itu...kt sering lupa bahawasanya kt sedang mengharapkan ihsan dari yg Maha Kuasa. Selalu aku peringatkan diri ini...jgn terlalu mengharap pada perancangan manusia...dan selalu juga aku merasa kecewa dgn segala perancangan tu...walau tidak marah...walau tidak kesal...tp rasa kecewa masih ttp ada... susah benarkah mau REDHA. Kerap mulut membicarakan ttg keredhaan diri menghadapi ketentuanNya... tp hati? redhakah engkau wahai hati :((.

hehe nape aku siyes sgt ni... itu apa yg aku rasa skrg ni sbnrnya... makin hari makin kuat perasaan tu seiring dgn tekanan2 yg aku hadapi... macam mana nak elak pon aku tak taw. aku bukan kuat sgt pun...tp sbb aku da biasa sndri... so aku kena kuat kan diri aku utk diri aku sndri... lately ni...mlm bukan masa utk aku berehat...kadang2 tgh tdo pon aku bule pikir mcm2 lagi... aku rasa bukan kadang2 tp selalu jd mcm tu...

kejap je kan masa berlalu... setakat ni belum satu pun perancangan aku utk thn ni menemui kejayaan. dan aku dapat merasakan yg thn ni akan berlalu begitu saje... apa yg pasti...aku kena terus menguatkan hati...tak kira la betul2 kuat or pura2 kuat... utk aku menghadapi hidup aku ni...

emm ok la korg...layan blues ni kang ada plak aku meleleh air mata kat opis ni :D. aku mau pulang dahulu :D. ketemu lg di lain waktu...

Wednesday, February 10, 2010

Guard owh guard

Hari ni aku nak cite sal guard kat tmpt keje aku ni hehehe... 2 minggu lepas aku cuti 5 hari... isnin mula keje... aku cam bese la...isnin mmg lambat sokmo kekekeke. And satu sikap buruk aku...aku tak ske kai seat bealt :D lg2 plak jarak rumah ke opis tu dekat sgt... tu yg aku tambah liat nak kai seat bealt. So that monday... cam slalu2 aku tak kai la seat belt tu... sampai kat main entrance...aku suda terkujut lah... ada pulisssssssss X_X....alamak camne tak mo kasik kantoi nih...dlm gabra2 tu sempat gak aku tarik seat belt n pasang :)).

Skali sampai dekat...bukan pulis la :-w ni guard biasa :-w apsal tukar uniform tak koba :((. Da la uniform kaler cam uniform pulis...wat aku seriau jek :((... nyampah aku [-( Da elok2 kai baju ijau dlu... tukar kaler biru plak huhu... tp setakat ni aku tak penah lg jmpa guard pompuan...nak gak taw rupa apa uniform baru depa tu... tp siyes la mmg sebijik pulis kalau tgk dr jauh... bikin aku fobia saje :((

Sampai la ptg td...aku balik dr keje...aku ttp seriau bila nampak guard kat entrance tu :)). Padahal aku da taw depa tu guard je...tp aku seriau gak... kut2 la diorg tu bertukar jd pulis ke X_X. Naya la aku kalau camtu :((. Owh satu perkara yg aku pasan...makin ramai plak guard ni kat merata2 tmpt... aku gi cafe ada..aku gi bank ada.. aku gi pos opis ada... aku pi mana2 pon diorg ni ada... suda tukar modus operandi kut huhu...

Arghhhh kalau la aku bule request kat depa...tolong la tukar semula kaler uniform tu... kai la kaler lama... tak la aku seriau sgt cam skrg ni :((. Tgk guard skrg ni aku rasa mcm aku tgk pulis saje :((. Takot lorrrr :((.

Errr... utk pengetahuan...aku mmg fobia sama incik abg pulis :"> huhu. Kenapa? Biar la aku saje yg taw :">. Incik abg pulis baik...tu yg aku segan sama mereka :"> Eh korg!? Fobia sama segan tu sama tak :)):)).

HAPPY READING :))=))

Tuesday, February 9, 2010

Juadah ku

Mlm sabtu lepas aku ajak mak dgn kak long pi Mydin 24hrs tu... kalau korg ingat dlm posting aku sblm ni... aku de gtau barang dapo mak aku da abes :)). Sampai seketui bawang merah pon da takdak nak wat cucur :)). So mlm tu aku pi la bertiga... intan tgl umah jg ayah... ajak ina...kakak dia plak dtg umah...so kami je la... tgh sopin2 mak terjumpa la buah berangan mentah...sekilo rm8.00++.. amik la sekilo lebih sket... So ahad tu duduk2 lepas mam tgh hari... mak suh aku rebus je buah berangan ni...

Kalau yg biasa diorg jual tu...diorg goreng kan...tp kat rumah ni aku kai rebus je...sama je enaknya.. cuma aku rasa rebus lg best kut sbb tak itam tangan kalau time kopek buah ni :)). Rebus tak yah lama sgt....dlm 20minit je rasanya... ooo kat air rebusan tu letak garam sket la... aku rebus tu sampai air rebusan mendidih kuat.... pastu tapis n makan :D sungguh enak skali hehe...





Ptg ahad tu aku balik dr melaka jam 5.30pm... sampai KL kul 7pm... terus pi kedai nasi lemak marveles kat ujung jalan rumah aku ni... tapau nasi kukus ayam dara ni... harga dia RM6... set ada nasi kukus, ayam dara goreng berempah papadom, cili, kuah n timun...makan sorg tak abes ni :(( ayam dia pom mmg mabeles la...amat2 sodap....


Yg ni plak menu tengah hari Isnin aku :)). Tekak teringin sgt nak mam spegeti... kul 2 lebih aku pi Kyross Kebab kat tmpt keje ni...then order black paper spegeti with beef :D Itu la rupanya incik spegeti tu... harga nya RM7.60 satu pack. Mcm nasi kukus tu...spegeti ni pon aku tak abes mam :( buang ke tong saje akhir nya :((. Bukan tak sedap...tp aku tak larat mo abes kan :( manyak sgt :((:((. Sayang nye :(...




Dua pic kat atas ni pic time aku gi kuantan hari tu...aku amik kat kedai jual sata :)). Kedai tu terletak kat area2 tanjung lumpur...tp dlm bnyk2 kedai...cuma kedai ni saje yg bukak jam 12 tgh hari...yg laen sume bukak petang... kat sini mak beli sata rm30 n serba sikit kuih muih buat bekalan lam kete... owh...korg nampak tak kuih bulat2 tu...haa kuih tu best gilak...dlm dia ada serunding ikan...tepung tu plak mcm campuran tepung pulut dgn tepung gandum.... yg wat sedap tu tentunya serunding ikan tu... masa aku beli tokey tu baru je letak kuih tu dlm dulang...mmg masih fresh n panas lg huhu...mmg enak skali... yg bulat2 beso tu cucur... emm kat kedai ni gak ada jual sata goreng... unlike sata biasa...sata goreng ni di salut dgn kulit popia tu...diorg wat mcm mini murtabak...tp inti dlm tu isi sata... mmg la sedap sbb isi sata tu sedap huhu... harga sekeping rm0.50. mak beli 2 keping nak rasa hehe... tak sempat kemana kuih tu da abes kami mam :)):)). aku tak de plak amik pic dia :(( kelupaan gue kekekeke

Ok la...aku nak sambung cet kat cr tu :)). Ni saje berenti jap sbb nak taep kat sini :))... papai untill we meet again :)) cewahhhhhh :))

Sunday, February 7, 2010

Sandal Baru


ahahahaha... ni kisah anak dara ku ;)). Alkisahnya...jumaat lepas mak su dia ada belikan kasut... kasut style crocs tu... tulis BEN10 :)) kaler oren :)). Ni nak tunjuk pic anak dara ku kai kasut tu la ni ekekekkee....

Pelbagai aksi dia pg tadi... Sambil tgu ibu cakap2 dgn nenek...dia duk wat aksi hehehe...




Suka plak dia makan kuih kapit nih huhu...Maklong bg satu...dia amik dua skali :)). Bab makan benda2 mcm ni mmg dia suka... tp kalau bg makan nasi... macam kena dera dia punya elak... huhu



Mmg sengaja suruh ibu dia kai kan baju de kaler oren... supaya matching dgn sandal tu :)). Ni diorg singgah kejap je... on the way nak pi balik Muar rumah nenek belah ibu dia... ada yasinan ptg td...

Jemput2 Bilis & Asam Pedas Tetel

Smlm (6 feb 10) mak suh aku wat kan cucur bilis dgn air kopi utk org tukang kat rumah ni... Buat cucur ni kalau de sayo2 sket best gak ni... Pi depan umah petik kacang panjang sket...ni hasil tanaman mak aku la ni ;)). Then pi cari lobak dlm fridge... ingat ada la carrot lam fridge tu tp...harapan ku hampa :)) sebatang pon takdak. Takde carrot takpe la... cari la plak bawang merah... abes aku selongkar dapo...sebijik pon takdak :((. Aduhaiiiiii mak aku ni masak tak kai bawang ke :)). Abes camne nak wat cucur ni... selongkar kabinet lg... ada tepung serbaguna... ada kiub ayam & ikan bilis knorrr. Emmm guna tepung gandum + tepung serbaguna je la... tepung serbaguna tu da siap ada perasa...pedas pun pedas tepung tu ;)).

Inilah incik tepung serbaguna tu :D... sdp gilak tepung nih kalau wat goreng ayam ke sotong ke udang ke... mmg best... skrg ni aku campur lam adunan cucur plak :))... best gak jdnya :))

Bersihkan ikan bilis, kacang panjang tu potong halus2 sket... pastu bancuh dgn tepung gandum + tepung serbaguna tu.... ooo nak bancuh tepung tu aku letak sket air panas tujuannya supaya jemput2 aku tu tak la keras kebatu huhu... Then aku mmg tak letak garam lam bancuhan ni sbb tepung serbaguna tu da masin siap2 da :D. Pas siap bancuhan terus la aku goreng.... kat bawah ni la hasil nya ;))

MENU TGH HARI


Ni pic asam pedas tetel dageng ;)). Menu tgh hari tu. Ayah teringin nak mam lauk ni...so mak masak kan la...resepi? jgn tny aku la :)). aku tak taw resepi ini :))... taw amik pic saje :))


close up cik tetel daging ni ;)). Mak masak tetel ni campur sawi asin. Sawi tu mak wat sndri gak... da masak camni...sedap plak rasa sawi tu...kalau tak aku tak ske mam sawi pahit ni hehehe.

Thursday, February 4, 2010

Cont. Sakit

Sambungan post aku sblm nih... dlm sibuk2 aku jg ayah sume tu... aku call n sms gak abg...tp dia senyap je...skali...skaliii baru dia balas...tu pun kejap je...last2 baru dia ngaku kat aku dia kena tahan kat ward :( sedih hati aku... tp dia pesan suh aku jg ayah...tak yah risau kan dia... mak abg joe ada jg dia... nasib baik la ada makcik tu... lega sket hati aku :(. tp still risau gak sbb dia tu kalau sakit mmg tak lalu nak makan... kena ada aku baru dia nak makan :( kejap2 aku sms dia...walau dia tak balas tp aku ttp sms...biar dia taw aku ada slalu utk dia...

Selasa ptg ayah da buleh balik...abg pun call aku kata dia da bole balik rumah gak... alhamdulillah... serentak plak dua2 bole balik hehe. Rabu aku balik KL ptg... mlm jmpa abg jap pastu ajak cikai sama moss makan kat SOHO.

aku kerisauan sbnrnya... abg ni nak kena pi Saudi plak Jumaat nih :(. dia da la tak sehat sgt :(. last year dia nak gi aku da pujuk2 tak bg pegi ekekeke. kali ni jarum aku tak jalan dah :((. terpaksa gak aku bg dia pegi :((. balik dr saudi tu dia kena pi oversea lg :((. bila la nak duk mesia je ni abg :((.

Sakit

Last week aku busy gila lg :((. sambungan minggu busy aku yg sblm tu...balik dr bukit tinggi kunun2 nak prepare utk interview minggu nih...tup2 on thursday(28 Jan 2010) my mom call kata ayah kena sakit jantung...depa on d way pi GH time tu... aku kemas2 terus gtau boss nak balik... boss bg izin terus je balik dgn adik aku...

on d way tu aku sempat gak sms n call abg tp tak berjawab... dlm hati da rasa lain... jgn la abg pon saket gak nih :((. sampai hospital, ayah masih lam ER. perot aku punya la lapar...tak taw nak kata huhu. tgh hari tu mmg aku tak mam pape lg...cuma masa isi minyak tu sempat la aku tapau mekdi dgn intan. dia duk sblh da selamat la makan mekdi dia... yg aku plak...otak tgh serabut pikir ayah...pikir abg lg...keje yg ku tinggal kan lg...nak drive lg...tak sempat la aku mo mam huhu... sampai spital...aku pi jengah ayah sat kat ER pastu gtau mak nak pi makan lam kete jap...sambel2 tu aku tepon abg...bnyk kali akhirnya berjawab jugak...dia kata dia ok...tp dr sore tu aku taw dia tak ok... pas mam aku pi semula ER. da org tu tak bg masok plak :-l. tgu punya tgu...mak suh aku balik umah amin dlu... suh aku rehat2 kat sana dlu.

sampai umah amin... anak dara tu da menyambut aku :D. ilang rasa penat badan ni bila tgk dia :x.... aku sampai amin pun siap2 mo pi spital. lepas men2 kejap dgn anak dara tu...aku tdo...tgh2 tdo amin call. dia kata tak yah balik mlm ni. suh aku tdo je kat umah dia... aku pon mmg tak de ingin mo balik merlimau :)) sbb aku mmg tgh syok tdo time tu :)). Amin kata ayah da masuk ward...tak dpt masuk CCU sbb penuh. so masuk ward biasa tp di pantau oleh doktot la slalu. so mlm tu amin la tgu ayah kat spital. yg len suma balik merlimau. aku plak tdo umah dak amin dgn ina n nuha.

Esok nya pepagi mak da pegi spital gantikan amin jg ayah...mlm tu aku plak jg ayah kat spital... sempat la aku kenal2 dgn 2 org budak ni....yg sorg tu dak cina...jg tunang dia koma... yg sorg lg plak dak india...jg ayah dia yg baru kuar dr ward ICU. ni sume patients yg separa kritikal la...sepatutnya diorg ni di tempatkan kat CCU tp sbb ward sana penuh...kena la duk ward ni... duduk la kami bertiga mlm tu berbual2 kosong menanti siang :D. mmg satu malaysia tul kami :)).

kul 1pg, aku tgk ayah da tdo nyenyak... si dak cina tu pon da tdo...dak india tu pon...aku gerak capai laptop pi surau... hajat hati mo lurus2 kan pinggang sejam dua sambel on9.... kul 3 aku gi semula ke ward...terkejut gila aku time sampai kat ward....katil ayah da kosong :-s. mujur la misi tu gtau diorg pindah kan ayah bilik sblh huhuhu. cepat2 aku pi sana tgk ayah...ayah da sedar time tu... mcm blur2 je dia aku tgk... lama baru dia ckp apa la diorg ni pi pindah tgh2 mlm ni....nak tdo pon tak senang... sian ayah... aku pujuk dia suh tdo semula.... tp dia kata susah mo lelap... dia duduk...lama gak...pastu aku suh baring...last2 dia lelap... aku plak duk berjaga je kat situ... azan subuh...aku pi solat dlu...pastu sms amin suh dtg cpt...mata aku da rabak tahap dewataraya dah nih :)). ooo lps subuh td ada kakak tu masuk ward jual sarapan. aku belikan ayah kopi O. dia mmg ske minum kopi O :D. pas je ayah mandi dia nak minum...aku bg kopi...terkejut dia mana aku dpt kopi tu :)). aku gtau aku beli time dia tdo tadi hehe. so dia minum la kopi sama roti. abes seketul roti dia mam...nampak da ok sket ayah da de selera... amin plak dtg bawak kan nasi goreng... ayah makan gak... time ayah makan tu aku mintak diri mo balik sbb mata mmg da tak tahan sgt2.

sampai umah amin aku sapan dlu...men2 sama anak dara ku... pastu terus tdo...aku rasa aku pengsan bukan tdo... sbb aku mmg tak sedar pon ina kejut aku solat zohor.... sedar2 da kul 5 ptg je X_X. Mlm tu ayah nak aku or amin yg jg dia...tp ktorg suh intan... huhu.

Esoknya (ahad 31 Jan 10) aku tny mak... mlm ni nak ada org jg ayah lg ke? sbb tgk ayah da ok... pastu wayar2 pun da cabut... mak tny ayah...ayah kata tak yah pun tak pe... then aku pi la tgk ayah ptg tu... masa duk dekat ayah aku tny lg...nak jg ayah ke mlm ni? ayah kata tak yah la...dia da ok. then lepas maghrib kami nak balik rumah amin...mak tepon aku...mak kata ayah nak aku jg dia mlm tu huhuhu. aku cam terkejut la sbb td aku sndri tny dia...dia kata tak yah huhuhu. pastu ckp kat mak aku dtg semula la jam 11 nnt...time tu nnt amin amik mak...aku plak jg ayah...

So mlm tu aku jg ayah...kebetulan dak india tu ada jugak jg ayah dia mlm tu hehe... ada gak la aku member ;)). Dia lg kesian...duk kat tangkak sana...hari2 bergilir2 dgn abg dia jg ayah dia... sian... muda lg budak tu... baru 22 umo dia... dgn dia la aku berkawan... tp siyes mlm tu aku ngantuk gile :((. Puncanya aku tak tdo dlu siang tu... sbb aku ingat tak yah jg huhu. nak tdo lam ward tu mmg la tak selesa...dgn segala mcm bau :(( bole pengsan aku lama2 kat situ... mcm mana nak buat... last aku amik minyak cap kapak...lumur kat hidong sket...baru la aku leh lelap :)). tp itu pon tdo2 ayam je...mana nak tdo sgt...da la duduk atas kusi keras tu...ada segala mcm bunyi mesin tit tot tit tot...pastu plak ada sorg pakcik lam bilik ayah tu mengigau2 :((:)):((, yg sorang lagi tu plak kejap2 kentot :(( bnyk tul angin perot dia :((.

Pg tu amin sampai...aku terus balik...kali ni terus balik merlimau...sampai umah...anak dara da sambut :)). siap hulur tgn nak suh aku dukung dia...adui laaa manja nyaaa :x:x. sarapan dlu dgn dia pastu suh dia pi ikot ibu...makngah nak tdo :)). masuk bilik mak...on aircond bum tdo :)). tgh2 tdo aku rasa tapak kaki aku kena usik :-s sapa plak nih :((. aku bukak mata dgn kepayahan :)) tgk2 anak dara ku rupanya :((:((:((. mcm mana leh terlepas masuk sini nih :((. suh dia kuar takmo plak dak kecik nih :(( nak main2 plak dgn aku :((.

@ Bukit Tinggi (25-26 Jan 2010)


its me :"> @ Selesa Resort Bukit Tinggi ;))


Pemandangan dari balcony apartment yg aku menginap...pic ni aku snap dekat2 nak maghrib...

Ni pon sama...Pic dari balcony apartment ku itu...kat belakang sana tu ada padang golf. time kami cek in tu ramai visitors dari korea duk menginap kat resort ni...depa pi men golf kut hikhik


Menu makan mlm... masa sampai di cafe resort tu...cuma ada kami bertiga je (aku, siti n kinah). pekerja plak ada la 2-3 org...mana pergi sume org len huhu. rupanya mlm tu depa masak mmg utk kami je :)). ikot yg di order semua skali ada 12 pax...tp yg dtg cuma 3 org je :)). Masakan dia boleh tahan la sedapnya... antara menu yg ada nasi putih, sayur campur, ayam masak merah, kari ikan dgn bendi n fish ball. Pencuci mulut depa sediakan buah betik sama tembikai... air plak sky juice, coffee n tea ;)). Tgh2 makan sorg pekerja dia dtg kat meja kami..."akk ni utk 12 pax tu kan? mana lagi? kami nak clear jam 9". Aku terus tgk jam...time tu da kul 8.30pm. tny semula waktu makan kul bape? kul 7.30 sampai 8.30pm saje :)). gilak :)) mana sempat camtu :)) nak solat maghrib lg apa sume :)). Tak lama pastu...GM plak sampai sama hafiz...diorg pi solat jemaah...lambat la sket;)) yg kami plak solat sndri2...tu yg laju je :)). Pastu kul 8.45pm kak Ain plak sampai...sempat gak la kak ain makan2 sblm kami gerak balik ke apartment huhu.


Menu tgh hari ;)). Sama mcm dinner...utk lunch ni pon depa cuma prepare utk group kami saje...mmg takde tetamu lain yg mam kat cafe tu huhu... Ni antara juadah yg di sediakan...ada sayur petola masak air dgn all the soon and foochuk tu...pastu ada udang masak petai...kurma ayam...then ada tempe goreng dgn kacang, bilis, tahu n fishball ;)). pencuci mulut still the same la...buah betik dan buah tembikai :)). air pon sama spt dinner ye :)).



Its me again kat balcony apartment ;)). Pic pepagi buta nih ;)) ada kabus2 lg ;)). org len tgh siap2 nak pi bekpes....aku sebok amik pic :)).


ni pon sama la nih....kat atas td de pic time gelap tu kan....ni versi terang...nampak tak ada padang golf belakang tu ;)) pastu de kabus2 ;)). frankly, tmpt ni tak la sesejuk mana pon...sbb aku rasa locationnya bukan exactly kat atas bukit tinggi....resort ni mungkin hanya terletak di kaki bukit tinggi itu saje :)) jd tak de la sejok mana sgt pon... kalau ada sejok pon time aku mo tdo mlm...itu pun sbb aircond :)).

pic @ kuantan


Ni la Bunda dan ayahanda ku :D. Pic ni lepas kami cek out dr hotel ;))


Ni plak pic time tgu makanan sampai ;)).


Pic ikan Togok bakar yg da tinggal tulang :))


Kulet2 ketam n lala masak pedas ;)) sume pic tinggal tulang2 n kulit2 saje :)). pic yg sempurna aku lupa mo amik :)). lapar gile time tu...tak ingat mo amik pic :)):))




Ni da nak pulang ;)). kami masing2 kekenyangan :)). round kejap je kuantan pastu balik bilek tdo :-"