Saturday, March 6, 2010

KELEBIHAN SURAH YASIN

Rasulullah s.a.w menjelaskan kelebihan surah Yasin menerusi hadis Baginda yg bermaksud:

"Daripada Ma'qal Ibnu Yassar r.a, bahawa Nabi s.a.w telah bersabda:"Hati al-Quran ialah surah Yasin, tidaklah seseorang itu membacanya semata-mata mengharapkan keredaan Allah dan hari akhirat melainkan diampunkan oleh Allah segala dosanya. Bacalah surah Yasin kepada org yg mati di kalangan kamu."
(Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan al-Nasa'i)

ADAB MEMBACA SURAH YASIN

Membaca surah Yasin dikira ibadah. Oleh itu peliharahlah tatacara atau adab ketika membaca surah Yasin, sama seperti membaca surah-surah al-Quran yg lain. Antara adab2 membaca surah Yasin ialah :-
  1. Bacalah dgn tertib dan tartil iaitu membaca dgn cara yg betul sebutan hurufnya, mematuhi segala hukum tajwidnya dan cara bacaannya.
  2. Bacalah dengan perlahan-lahan, tidak terlalu laju, fahami isi kandungannya serta dengan keadaan khusyuk dan tawaduk.
  3. Jika membaca beramai-ramai hendaklah dibaca secara serentak dan perlahan-lahan.
sumber : Yasin dan Tahlil LZS (MAIS)

0 comments: